01 SEPTEMBER 2013 - Majlis Penutupan Kursus Sesi Taklimat RELA Siri 3/2013 dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Rela Daerah Manjung anjuran RELA Daerah Manjung dengan kerjasama Komuniti RELA Mukim Lekir berlangsung di Dewan Orang Ramai Kg. Pasir Pandak Lekir jam 3.00 petang.
Ketibaan Pengarah RELA Negeri Perak, Briged.Jen. (RELA) Zubir bin Mustaffa disambut dengan lagu solawat perarakan rebana oleh kumpulan rebana RELA Kg. Pasir Pandak Lekir. Kehadiran Pengarah RELA Negeri Perak ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Daerah Manjung sejak mengambil alih jawatan Pengarah RELA Negeri Perak mulai 17 Jun 2013 yang lalu.
Antara aturcara majlis yang berlangsung ialah bacaan doa yang disempurnakan oleh Tn.Hj.Abdul Aziz Awang, pegawai Penyelaras Masjid Daerah Manjung dikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu RELA dan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Tuan Pengarah RELA Negeri Perak telah menyampaikan ucapan sulungnya di daerah Manjung seterusnya Pn. Hjh.Dr. Azizah binti Johor, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lumut menyampaikan ucapan perasmian.
Turuf berlangsung penyampaian pakaian seragam RELA kepada pegawai baru berpangkat Lt. Muda RELA. Majlis dialog bersama Pengarah RELA Negeri diadakan selepas jamuan.
Kampung Pasir Pandak Lekir dipilih untuk majlis yang melibatkan hampir 40 platun RELA ini memandangkan kemudahan prasana yang lengkap serta komitmen tinggi Komuniti RELA Mukim Lekir.
No comments:
Post a Comment