08.09.2013 - Majlis Serah Tugas Ketua Cawangan UMNO Kg. Pasir Pandak Lekir berlangsung harmoni jam 3.00 petang hari ini. Majlis dimulai dengan lafaz doa oleh Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Zainuddin. Seterusnya hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi UMNO.
Dalam ucapannya, mantan Ketua Cawangan UMNO Kg. Pasir Pandak mengajak semua ahli UMNO cawangan terus bersatu dan bekerjasama di bawah satu panji-panji demi perpaduan bangsa dan kesejahteraan negara.
Ketua Cawangan UMNO yang baharu, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Awang dalam ucapannya mengajak semua hadirin bersyukur kepada Allah atas nikmat kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di peringkat kampung dan negara. Beliau juga mengajak semua hadirin meneruskan perpaduan dan kerjasama yang sedia terjalin sekian lama.
Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Salleh bin Basiron, Ketua Cawangan UMNO FELCRA Lekir yang diminta mengisi slot ucapan wakil UMNO Bahagian Lumut memandangkan tiada wakil bahagian yang hadir walaupun telah diundang sejak awal lagi.
Dalam ucapan beliau, Tn. Hj. Salleh bin Basiron melahirkan rasa terharu kerana setahu beliau majlis seumpama ini belum pernah dianjurkan oleh mana-mana cawangan UMNO. Hasrat murni yang dilahirkan dalam ucapan mantan ketua cawangan dan ketua cawangan yang baharu serta suasana majlis yang begitu harmoni menjadi petanda amat baik kearah satu cawangan UMNO yang lebih maju. Menurut beliau, biasanya selepas pemilihan akan berbunyi gendang dari kalangan Ifrit yang cuba memecah belahkan kedua pihak yang bertanding. Sebaliknya Cawangan UMNO Pasir Pandak mampu menganjurkan majlis kesyukuran dan serah tugas dengan ikrar kerjasama yang lebih padu.
Turut hadir menyerikan majlis En. Jalaluddin Mat Antah, Ketua Cawangan UMNO Taman Cempaka, Tn. Hj. Saleh bin Basiron, Ketua Cawangan UMNO FELCRA Lekir, En.Musa bin Piai, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Tersusun Batu 7 Lekir dan lain-lain.
Acara kemuncak majlis adalah acara simbolik serah tugas dengan penyerahan cop mohor cawangan serta fail senarai maklumat ahli oleh mantan ketua cawangan. Seterusnya acara serah panji-panji UMNO oleh mantan ketua cawangan sebagai simbol keakuran berjuang di bawah satu panji-panji kepada penyandang ketua cawangan diiringi nyanyian lagu rasmi UMNO.
Suasana sebak dan terharu mengirigi selawat dan bersalaman sebelum menjamu selera dengan jamuan ringan.
Maaf sya x dpt khadir, apa yg lihat dlm block Serantanusa.blockspot terharu di hati sya dengan matan ketua UMNO Cawangan Pasir Pandak En.Azhar seorang gentalmen dan perjuang nasib penduduk Kg.Pasir Pandak menyerahkan tugas kpd Kepimpinan yg baru. Pada pendapat saya susah hdk jumpa pejuang yg ikhlas sarperti ini dan dengan cara ini bekas matan pengerusi cawangan merapatkan perpaduan dan bukan memechakan belah,harapan sya dapat di ikuti oleh cawangan cawangan lain dlm UMNO bahagia Lumut....in sha allah.
ReplyDelete