Sunday, September 8, 2013

Majlis Serah Tugas Ketua Cawangan UMNO Kg. Pasir Pandak Lekir

08.09.2013 - Majlis Serah Tugas Ketua Cawangan UMNO Kg. Pasir Pandak Lekir berlangsung harmoni jam 3.00 petang hari ini. Majlis dimulai dengan lafaz doa oleh Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Zainuddin. Seterusnya hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi UMNO.

Dalam ucapannya, mantan Ketua Cawangan UMNO Kg. Pasir Pandak mengajak semua ahli UMNO cawangan terus bersatu dan bekerjasama di bawah satu panji-panji demi perpaduan bangsa dan kesejahteraan negara.

Ketua Cawangan UMNO yang baharu,  Tn. Hj. Abdul Aziz bin Awang dalam ucapannya mengajak semua hadirin bersyukur kepada Allah atas nikmat kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di peringkat kampung dan negara. Beliau juga mengajak  semua hadirin meneruskan perpaduan dan kerjasama yang sedia terjalin sekian lama.

Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Salleh bin Basiron, Ketua Cawangan UMNO FELCRA Lekir yang diminta mengisi slot ucapan wakil UMNO Bahagian Lumut memandangkan tiada wakil bahagian yang hadir walaupun telah diundang sejak awal lagi.

Dalam ucapan beliau, Tn. Hj. Salleh bin Basiron melahirkan rasa terharu kerana setahu beliau majlis seumpama ini belum pernah dianjurkan oleh mana-mana cawangan UMNO. Hasrat murni yang dilahirkan dalam ucapan mantan ketua cawangan dan ketua cawangan yang baharu serta suasana majlis yang begitu harmoni menjadi petanda amat baik kearah satu cawangan UMNO yang lebih maju. Menurut beliau, biasanya selepas pemilihan akan berbunyi gendang dari kalangan Ifrit yang cuba memecah belahkan kedua pihak yang bertanding. Sebaliknya Cawangan UMNO Pasir Pandak mampu menganjurkan majlis kesyukuran dan serah tugas dengan ikrar kerjasama yang lebih padu.

Turut hadir menyerikan majlis En. Jalaluddin Mat Antah, Ketua Cawangan UMNO Taman Cempaka, Tn. Hj. Saleh bin Basiron, Ketua Cawangan UMNO FELCRA Lekir, En.Musa bin Piai, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Tersusun Batu 7 Lekir dan lain-lain.

Acara kemuncak majlis adalah acara simbolik serah tugas dengan penyerahan cop mohor cawangan serta fail senarai maklumat ahli oleh mantan  ketua cawangan. Seterusnya acara serah panji-panji UMNO oleh mantan ketua cawangan sebagai simbol keakuran berjuang di bawah satu panji-panji kepada penyandang ketua cawangan diiringi nyanyian lagu rasmi UMNO.

Suasana sebak dan terharu mengirigi selawat dan bersalaman sebelum  menjamu selera dengan jamuan ringan.

Sunday, September 1, 2013

Majlis Merdeka Raya Taman Kiara Sitiawan

01 SEPTEMBER 2013 - Majlis Merdeka Raya  Taman Kiara Batu 6 Lekir Sitiawan berlangsung meriah.

Majlis Hari Raya RELA Daerah Manjung 2013

01 SEPTEMBER 2013 - Majlis Penutupan Kursus Sesi Taklimat RELA Siri 3/2013 dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Rela Daerah Manjung anjuran RELA Daerah Manjung dengan kerjasama Komuniti RELA Mukim Lekir berlangsung di Dewan Orang Ramai Kg. Pasir Pandak Lekir jam 3.00 petang. 
Ketibaan Pengarah RELA Negeri Perak, Briged.Jen. (RELA) Zubir bin Mustaffa disambut dengan lagu solawat perarakan rebana oleh kumpulan rebana RELA  Kg. Pasir Pandak Lekir. Kehadiran Pengarah RELA Negeri Perak ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Daerah Manjung sejak mengambil alih jawatan Pengarah RELA Negeri Perak mulai 17 Jun 2013 yang lalu.
Antara aturcara majlis yang berlangsung ialah bacaan doa yang disempurnakan oleh Tn.Hj.Abdul Aziz Awang, pegawai Penyelaras Masjid Daerah Manjung dikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu RELA dan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Tuan Pengarah RELA Negeri Perak telah menyampaikan ucapan sulungnya di daerah Manjung seterusnya Pn. Hjh.Dr. Azizah binti Johor, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lumut menyampaikan ucapan perasmian.
Turuf berlangsung penyampaian pakaian seragam RELA kepada pegawai baru berpangkat Lt. Muda RELA. Majlis dialog bersama Pengarah RELA Negeri diadakan selepas jamuan.
Kampung Pasir Pandak Lekir dipilih untuk majlis yang melibatkan hampir 40 platun RELA ini memandangkan kemudahan prasana yang lengkap serta komitmen tinggi Komuniti RELA Mukim Lekir.