Ahad, 25 Ogos 2013 pada 5:35pm
Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kg. Pasir pandak Lekir 2013 menyaksikan perebutan jawatan Ketua Cawangan antara En.Mohd. Nazar bin Bidin yang dicabar oleh Tn. Hj. Abdul Aziz bin Awang. Kemenangan berpihak kepada Tn. Hj. Abdul Aziz bin Awang dengan 57:26 undian sulit . Mesyuarat dan pemilihan berlangsung harmoni memberi harapan ke arah era baru UMNO Cawangan Kg.Pasir Pandak yang lebih harmoni dan bersatu padu. En. Mohd Nazar bin Bidin yang tewas dalam mempertahankan jawatan ketua cawangan menyatakan pendirian bahawa beliau sendiri akan terus memberi sokongan dan dokongan kepada barisan pimpinan cawangan UMNO Kg. Pasir Pandak. Beliau turut melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kebangkitan sayap pemuda yang jelas kelihatan dalam menjayakan mesyuarat sayap pemuda sejurus sebelum persidangan tahunan cawangan berlangsung. Beliau juga berharap semangat dan keupayaan muafakat yang ditunjukkan dapat dimanfaatkan secara lebih meluas bukan sekadar untuk menjayakan agenda mencatur jawatan dalam cawangan semata-mata.
No comments:
Post a Comment