Mesyuarat Khas Permohonan Lot Tanah untuk Penempatan Nelayan anjuran Persatuan Kebajikan Nelayan Lekir (PEKENAL) berlangsung lancar dengan kehadiran 31 orang warga nelayan dari sekitar kg. Batu 8 Lekir, Kg. Sg. Limau dan Kg. Tanjung Kepah Lekir. Mesyuarat ini berjaya membentuk satu jawatan kuasa kerja bagi tujuan menyediakan kertas permohonan dan menjalankan urusan berkaitan. Pihak PEKENAL bercadang untuk mendapatkan khidmat dan kerjasama UMNO Cawangan Kg. Pasir Pandak serta Bahagian Lumut bagi tujuan tersebut. Sdr. Mohd. Shaari Hussin, pengerusi PEKENAL terlantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja bagi memimpin usaha warga nelayan ini.
No comments:
Post a Comment